Checklist Sebelum Minta Quotation Uniform Syarikat
Sebelum HR atau admin meminta quotation baju korporat, beberapa maklumat asas perlu disediakan supaya harga yang diterima lebih tepat dan mudah dibandingkan.
Mulakan dengan jumlah anggaran tempahan, jenis lengan, pecahan lelaki dan wanita, serta tarikh baju diperlukan. Kemudian sediakan logo syarikat dalam format yang jelas, pilihan lokasi sulaman atau cetakan, dan jika ada, rujukan warna korporat.
Untuk saiz, tentukan sama ada team akan menggunakan size chart standard atau perlu fitting. Jika terdapat nama individu, jabatan atau wording di belakang baju, masukkan sekali dalam senarai supaya kos tambahan dapat dikira awal.
Checklist ringkas:
- Kuantiti
- Lelaki / wanita
- Short sleeve / long sleeve
- Logo & lokasi branding
- Nama individu jika ada
- Warna
- Material
- Senarai saiz
- Tarikh diperlukan
Bila maklumat ini lengkap, proses artwork, quotation dan production boleh bergerak dengan lebih tersusun.
Creeper Creative menyediakan tempahan corporate uniform custom sejak 2008.
www.creepercreative.com.my

Tiada ulasan